Pengenalan
KEMAS PERLIS mengambil inisiatif untuk memperkenalkan modul pembelajaran STREAM bertemakan AGROTECHNOPRENEUR.
Modul ini dapat memberi pendedahan tentang pertanian moden yang sangat dekat dengan pengalaman kanak-kanak dan dapat menarik minat dalam pembelajaran di TABIKA. Kanak-kanak dapat belajar tentang pelbagai kaedah pertanian moden dan berpotensi untuk melahirkan bakal usahawan cilik di samping penerapan elemen SEFIR dan STREAM dipupuk dalam diri kanak-kanak.
Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata.
Pertanian merangkumi pelbagai bidang dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian.
Menjadikan generasi muda menjadi petani milenial (millenial farmer) yang mampu mengakses dan memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk meningkatkan produktiviti, nilai tambah dan memanfaatkan pasaran. Dalam konteks ini, pertanian pintar (smart farming atau digital farming) dengan dukungan petani pintar dapat menjadi agroprenuer yang memanfaatkan pertanian menjadi sektor yang menarik dan menguntungkan.
Agronomi merupakan satu cabang sains pertanian yang memperkatakan mengenai kajian tanaman dan tanah yang mana ia bertumbuh. Ahli agronomi bekerja untuk mengembangkan kaedah yang akan memperbaiki kegunaan tanah dan meningkatkan penghasilan makanan dan tanaman serat. Mereka menjalankan kajian penggiliran tanaman, pengairan dan saliran, pembiakan tanaman, pengelasan tanah, penyuburan tanah, pengawalan rumput, dan bahagian lain.
Sektor pertanian merupakan penyumbang utama dalam ekonomi Negeri Perlis. Sebahagian besar penduduknya terlibat dalam aktiviti pertanian, terutamanya penanaman padi dan harum manis sebagai sumber utama ekonomi mereka.
Objektif
- Menarik minat kanak-kanak terhadap subjek berkaitan STREAM terutamanya Tunjang Sains dan Teknologi
- Sebagai panduan kepada Pendidik Masyarakat (PM) untuk merangka proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan STREAM dengan lebih berkesan
- Membudayakan Pembelajaran Abad ke-21 dan sekaligus melahirkan kanak-kanak serta PM yang mempunyai ciri-ciri kemahiran Abad ke-21